Kompendium Abstrak Kajian Tindakan Pendidik Masyarakat TABIKA Tunas Istimewa @KEMAS ini diterbitk... more Kompendium Abstrak Kajian Tindakan Pendidik Masyarakat TABIKA Tunas Istimewa @KEMAS ini diterbitkan sebagai rujukan amalan baik dan inovasi bahan bantu mengajar (BBM). Ia merupakan bahan sokongan untuk Pendidik Masyarakat yang bertujuan memantapkan kualiti pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di semua TABIKA Tunas Istimewa kelolaan KEMAS.
This review explores the growing mental health challenges faced by students in higher education, ... more This review explores the growing mental health challenges faced by students in higher education, with a particular focus on the post-pandemic landscape. Drawing from key research, including the APA’s Mental Health on Campus: Improving Student Well-being in a Post-Pandemic World (2022), the article highlights how anxiety, depression, and other mental health issues impact student well-being and academic success. The findings emphasize the critical role of protective factors such as social-emotional learning (SEL), social support, and mental health resources in enhancing student resilience and engagement. Despite the positive impact of these interventions, disparities in resources across institutions pose significant challenges to their effective implementation, especially in underfunded environments. The review calls for continued policy innovation and further research into scalable solutions that address resource limitations while ensuring equitable access to mental health services. By focusing on holistic student well-being, the article underscores the need for higher education institutions to prioritize mental health support in order to improve retention and academic achievement. Furthermore, the review touches upon the situation in Malaysian universities, where mental health initiatives are being integrated, albeit with challenges tied to resource allocation. Ultimately, the article stresses the importance of fostering an environment where mental health support is as integral to the student experience as academic learning, ensuring that all students have the tools to succeed academically and personally.
Akhlak dan adab yang amat dititik beratkan dalam Islam berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah SAW... more Akhlak dan adab yang amat dititik beratkan dalam Islam berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah SAW. Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”. Akhlak ialah suatu perkara penting yang semakin lupus dalam masyarakat Islam pada hari ini khususnya golongan muda.
Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) Tahap 1 ini telah diubahsuai daripada Skim Latihan Pen... more Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) Tahap 1 ini telah diubahsuai daripada Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak yang dihasilkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap. Pengakap PK Tahap 1 ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu untuk membuktikan bahawa mereka telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya.
Setiap manusia memiliki kelebihan tersendiri. Begitu juga, tiada manusia di dunia ini sempurna se... more Setiap manusia memiliki kelebihan tersendiri. Begitu juga, tiada manusia di dunia ini sempurna segala-galanya. Pasti ada kelemahan mereka. Apa yang penting, setiap individu perlu mencungkil potensi diri masing-masing dan juga memahami kelemahan dirinya. Kedua-dua aspek ini cukup penting dalam melonjak potensi diri sebenar ke peringkat terbaik. Ubahlah cara berfikir anda ke arah yang positif. Pandanglah anak istimewa anda ke arah
Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada pelbagai jenis kategori dan sindrom. Salah satu si... more Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada pelbagai jenis kategori dan sindrom. Salah satu sindrom yang dialami oleh kanak-kanak ini adalah Sindrom Noonan. Merujuk kepada McGovern (2017), Sindrom Noonan adalah kecelaruan genetik luar biasa yang mengakibatkan kerosakan pada jantung (pengecutan injap) dan keganjilan lain, termasuklah perawakan yang rendah, bentuk muka yang berbeza, masalah pada peparu, hati dan sel darah serta keadaan seperti epilepsy dan masalah pembelajaran. Sindrom ini diberi nama sempena Jacqueline Noonan, seorang pakar kardiologi kanak-kanak dan Ehmke yang mengenalpasti simptom-simptom ini dalam tahun 1960 ( Pierpont et. al, 2010). Menurut kajian kes Sindrom Noonan yang pertama telah dilaporkan oleh Kobylinski pada tahun 1883 dan sejak dari itu, lebih tiga ratus kes dilaporkan dalam perubatan. Sindrom ini mula dikenalpasti lebih 50 tahun dahulu oleh Noonan dan Ehmkel. Mereka mendefinisikan sembilan pesakit dengan masalah jantung, serta mempunyai tubuh yang rendah, kerencatan akal ringan, serta raut wajah yang luar biasa. Sindrom ini berkongsi pelbagai ciri yang hampir menyamai Sindrom Turner (McGovern, 2017).
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat dalam tilawah al-quran tajuk ... more ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat dalam tilawah al-quran tajuk huruf hijaiyyah yang sama bentuk berbeza titik dan bentuk huruf bagi murid PPKI eS3 melalui penggunaan 'smart pencil robot' yang mesra oku dilengkapi dengan sistem ardiuno, servo motor dan LED lampu. Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat mengingat sepenuhnya titik dan membentuk huruf dengan betul. Fokus projek ini adalah untuk membantu murid PPKI yang lemah dalam mengingati bentuk dan titik dengan menggunakan teknologi IR4.0. Murid terdiri daripada lima orang murid PPKI eS3 dari sebuah sekolah rendah yang memperoleh markah rendah dalam proses pengumpulan data awal. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah melalui kaedah pemerhatian, temu bual, soalan sebelum dan selepas. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap markah murid-murid selepas pengaplikasian 'smart pencil robot'. Secara keseluruhan, projek ini memberi sumbangan dalam menarik minat murid untuk belajar al-quran dan membantu murid untuk mengingat dengan lebih mudah. Bagi menjalankan projek lanjutan, saya mencadangkan agar aplikasi terkini dapat ditambah sebagai contoh audio suara bagi membolehkan robot menyebut huruf dan dapat juga digunakan pada matapelajaran yang lain. Kata kunci: Smart robot pencil, bentuk huruf dan titik, murid ppki, menarik minat
ABSTRAK : Projek inovasi "smart board interaktif" merupakan satu program pembelajaran kanak-kanak... more ABSTRAK : Projek inovasi "smart board interaktif" merupakan satu program pembelajaran kanak-kanak melalui konsep teknologi moden IR4.0 yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi, intelektual serta proses proses pengenalan asas robotik. Dalam projek ini, "smart board interaktif" dipilih sebagai platform utama. Objektif utama projek ini adalah untuk menerapkan kefahaman kepada murid berkenaan aplikasi teknologi tinggi berasaskan robotik. Projek ini juga dibangunkan dalam bentuk aktiviti didik hibur yang praktikal di kalangan pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator sepanjang P&P dijalankan. Kaedah penyelidikan projek melalui pelan perancancagan projek. Hasil daripada ujian pra dan ujian pos mendapati murid ini berjaya merialisasikan penggunaan "smart board interaktif" sambil belajar dengan menggunakan Mikro Bit dan Maker Uno dan terhasil suasana pembelajaran interaktif di dalam kelas. Murid juga mampu fokus dan menguasai hasil pembelajaran yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Dari segi kognotif, efektif dan psikomotor juga menunjukan ada peningkatan kepada lebih baik. Akhirnya Hasil dari kajian ini secara umumnya mendapati bahawa "smart board interaktif" boleh diketengahkan serta membantu guru dan pelajar bersesuaian dengan dinamika P&P yang efektif dan terkini berteraskan rovolusi IR4.0 Kata kunci Smart board inetaktif, pengajaran dan pembelajaran
Kotak Pembakar Roti Automatik (Automatic toaster machine) adalah merupakan satu idea yang dicetus... more Kotak Pembakar Roti Automatik (Automatic toaster machine) adalah merupakan satu idea yang dicetus oleh murid berkeperluan khas (MBK) yang bertujuan untuk memudahkan kehidupan suri rumah yang terlalu sibuk dan mengambil masa dalam penyediaan sarapan pagi untuk keluarga. Selain itu juga, bagi golongan yang hidup membujang dan bekerja, mereka tidak mempunyai banyak masa dalam penyediaan sarapan pagi dan perlu bergegas bekerja. Mereka perlu menggunakan masa yang secukupnya serta kadangkala tiada masa untuk menyediakan sarapan pagi. Tidak terkecuali golongan orang kelainan upaya (OKU) yang terbatas pergerakan terutama dalam penyediaan makanan. Objektif perakakasan ini adalah, bagi menghasilkan sebuah pembakar roti yang dapat beroperasi secara automatik bagi memenuhi keperluan golongan yang memerlukan satu perkakasan elektronik untuk penyediaan sarapan pagi yang ringkas, mudah dan cepat. Seterusnya menambahbaik lagi sistem yang sedia ada dengan mengaplikasikan beberapa litar elektronik yang bersesuaian dan penggunaan aplikasi Internet of Things (IoT) bersesuaian dengan teknologi engineering semasa IR4.0. Ini bertujuan bagi memastikan perjalanan operasi projek ini lebih mudah diuruskan dan lebih sistematik. Perakakasan ini juga dapat, mengurangkan pengunaan masa yang banyak dalam penyediaan sarapan yang ringkas walaupun dalam keadaan yang amat sibuk. Akhirnya, mesin pembakar roti automatik ini adalah merupakan satu cara penyelesaian bagi golongan seperti ini kerana perkakasan ini mudah digunakan dan akan berkendali secara automatik tanpa menunggu sehingga sarapan masak walaupun dari jauh dengan kuantiti yang lebih banyak. Keywords: Kotak pembakar roti, murid berkeperluan khas. PENGENALAN Ilham untuk melaksanakan projek ini terhasil daripada cetusan idea daripada murid pendidikan khas, untuk menyelesaikan beberapa masalah yang wujud dalam pengurusan masa dan penyediaan makanan untuk sarapan pagi. Hasil daripada kajian yang dijalankan samada di rumah, di pejabat ataupun di pasar-pasar raya penggunaan dan penjualan pembakar roti secara automatik ini kurang digunakan dan diaplikasi. Walaupun terdapat sesetengah pembakar roti berkendali secara automatik tetapi ia hanyalah sekadar pengawalan suhu pembakaran roti tersebut. Apa yang terdapat di dalam projek yang hendak direkacipta ini ialah dimana sistem elektrik di ubah suai bagi memudahkan 3 unit
Abstrak Penggunaan perangkap sisa makanan dan minyak merupakan salah satu altenatif untuk mengela... more Abstrak Penggunaan perangkap sisa makanan dan minyak merupakan salah satu altenatif untuk mengelakkan masalah longkang tersumbat dan berbau busuk. Ia merupakan sejenis alat yang dipasang di premis makanan untuk mengasingkan sisa makanan dan minyak daripada air limbah. Sebelum air tersebut disalurkan ke dalam sistem pembentungan. Kebanyakan perangkap yang sedia ada tidak mampu untuk memerangkap sisa buangan pepejal dan cecair pada masa yang sama. Oleh itu, secara amnya kajian ini bertujuan untuk mengkaji keupayaan mekanisme pergerakan sisa buangan pepejal dan cecair ke longkang dengan mengoptimumkan keberkesanan terhadap perangkap sisa pepejal dan cecair sekaligus mengurangkan pencemaran air yang berlaku. Kajian ini bersifat kualitatif yang berbentuk kuasi eksperimen. 5 orang pekerja kantin SK Taman Tun Aminah, Skudai, Johor terlibat sebagai sampel kajian selama 8 minggu. Antara instrumen yang digunapakai dalam kajian ini adalah pemerhatian dengan senarai semak, borang temu bual separa berstruktur serta catatan mingguan ujian pra dan ujian pos. Berlaku perubahan ketara apabila penggunaan Kotak Perangkap Lemak (KPL) ini digunapakai sebagai intervensi mengurangkan masalah pengasingan minyak dan sisa makanan daripada bercampur. Binaan prototaip KPL yang telah dinaiktaraf ini menggabungkan teknologi baharu menggunakan revolusi industri 4.0 (IR 4.0). Komponen Ultrasonic Sensor dengan Arduino Uno dan DC Motor Driver digunakan sebagai penggerak bagi memudahkan kerja-kerja penyelengaran di premis makanan dengan lebih efisien dan bersistematik. Kata kunci: Kotak Perangkap Lemak (KPL), sisa makanan FOG Pengenalan Pada tahun 2020 ini, pencemaran air masih lagi menjadi salah satu masalah yang serius di Malaysia. Lazimnya pencemaran ini adalah berpunca daripada aktiviti yang dijalankan oleh manusia itu sendiri melalui pembuangan sisa pepejal dan cecair yang tidak bersistematik oleh pihak industri, penternak serta pemilik premis perniagaan berasakan makanan (NIWRM, 2016). Antara punca yang telah dikenalpasti adalah pelepasan sisa makanan, minyak atau gris daripada premis makanan ke dalam air atau longkang. Merujuk kajian lembangan sungai yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) dan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), salah satu penyumbang utama pencemaran sungai yang telah dikenalpasti adalah air limbah daripada premis makanan (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006). Hal yang demikian, kandungan air limbah daripada premis makanan
ABSTRAK SMART GATE (SG) adalah palang yang direka khas untuk diletakkan di bilik khas yang mempun... more ABSTRAK SMART GATE (SG) adalah palang yang direka khas untuk diletakkan di bilik khas yang mempunyai ciri keselamatn yang maksimum khasnya untuk murid berkeperluan khas. Bertemakan keselamatan, SG ini telah dilengkapi dengan sistem RFID (Radio-frequency identification), motor 'power window' dan sistem Ardiuno Uno. Di kelas PPKI terdapatnya bilik khas iaitu CARE Room yang mana di dalamnya terdapat alat-alat terapi dan barang-barang inovasi yang berharga. Oleh itu, kami dapati pentingnya ada satu sistem keselamatan bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh yang demikian, kami mencadangkan satu palang keselamatan yang mempunyai sistem keselamatan yang khusus. Antaranya yang telah dilengkapi dengan pengimbas RFID yang berfungsi sebagai pengimbas kepada individu yang dibekalkan akses kad sahaja dibenarkan keluar masuk ke dalam premis. Istimewanya cetuasan idea ini adalah daripada guru dan murid Pendidikan Khas. Idea SG atau palang keselamatan ini juga murah, senang dan selamat. Pengguaan Ardiuno Uno yang ada pada SG ini telah diaturcarakan dengan arahan yang mudah serta mengekalkan tahap keselamatan. Selain itu, kami juga menggunakan barang kitar semula iaitu power window kereta yang berfungsi untuk membuka dan menutup palang. Disempurnakan lagi dengan penggunaan 'power bank' sebanyak 5000 mAh sebagai alternatif sekiranya tiada bekalan elektrik untuk beroperasi. Hasil dapatan setelah menguji kefungsian SG ini, kami dapati murid PPKI berjaya membina arahan untuk membuka dan menutup palang dengan bimbingan guru dan sistem RFID dapat mengimbas individu yang beridentiti sahaja boleh masuk ke dalam bilik yang dikhususkan. Dengan cabaran Revolusi Industri 4.0, murid PPKI SKTTA telah berjaya untuk mendalami ilmu baharu dan menunjukkan minat tentang fungsi Arduino Uno tersebut. Secara tidak langsung ilmu Arduino Uno dan FRID ini juga boleh dikongsikan kepada murid tipikal dan juga ia berkait rapat dalam subjek RBT. Kata kunci : Smart Gate (SG), Arduino Uno, Radio-frequency Identification (FRID)
ABSTRAK: Kaedah penyiraman tradisional memerlukan taburan air dengan tangan atau sebarang alat ya... more ABSTRAK: Kaedah penyiraman tradisional memerlukan taburan air dengan tangan atau sebarang alat yang sesuai terus ke zon akar. Amalan ini bukan sahaja remeh, malah mengambil masa yang agak lama dan menyukarkan murid bekeperluan khas yang mempunyai masalah daripada aspek ketidakupayaan fizikal. Bertepatan dengan hal itu, cetusan idea daripada murid bekeperluan khas yang mana ingin menambahbaik es farm robot ini dengan menggunakan sistem IoT. Alat ini mampu melaksanakan aktiviti penyiraman hanya dengan kawalan telefon bimbit dan capaian internet sahaja kerana telah dilengkapi dgn komponen adruino uno nano. Penciptaan alat eS Robot Farm ini mempunyai rekabentuk yang ergonomik dan mudah untuk dikendalikan oleh hampir semua murid bekeperluan khas tanpa mengira masalah ketidakupayaan fizikal dan mental mereka. Hanya dengan menggunakan telefon bimbit mereka boleh mengawal robot untuk menyiram sehingga 80 anak pokok tanpa perlu diselenggara secara depan mata dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekpan mengurangkan pembaziran air. Hal ini adalah kerana, robot yang dicipta ini terdiri daripada bekas dengan dasar yang tirus, mekanisme pemeteran tepat, hos, paip panjang dan tong mengisi yang besar boleh menampung 50 pokok dalam sekali aturan menyiram. Selain itu juga, eS Robot Farm ini bersifat lebih mesra alam kerana tidak menggunakan enjin yang menggunakan minyak dan menggeluarkan asap, malah menggunakan bateri untuk menggerakkan motor pam (fuel pump). Setiap bateri mampu bertahan hingga 8 kali pengisian air dan bateri perlu dicas dalam lingkungan empat jam sahaja. Bateri atau komponen yang lain ada dijual secara berasingan dan mudah untuk didapati.
Peningkatan bilangan kes transgender di Malaysia membimbangkan terutama apabila melibatkan kanak-... more Peningkatan bilangan kes transgender di Malaysia membimbangkan terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan remaja. Oleh itu kajian terperinci perlu dilakukan untuk menyiasat latar belakang melalui gaya hidup dan konsep kendiri golongan transgender. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka pandangan transgender daripada gaya hidup dan konsep kendiri. Seramai 6 orang transgender diambil sebagai responden. Menggunakan reka bentuk kualitatif dengan teknik temu bual dimana responden dapat meluahkan perasaan dengan cara mereka sendiri. Gaya hidup melalui aktiviti mingguan mendapati aktiviti yang dijalankan oleh responden adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh perempuan seperti andaman pegantin dan menjahit. Manakala hubungan dengan ibu bapa mendapati responden menjalani hubungan yang baik dan rapat. Untuk pengambilan hormon dan kosmetik pula menunjukkan bahawa kesemua responden menjalani aktiviti kewanitaan dan mengambil makanan vitamin serta hormon untuk kelihatan seperti wanita. Selain itu tiga daripada mereka mengakui melakukan transformasi kosmetik pada wajah. Kesemua responden tidak menghidapi penyakit HIV/AIDS dan terlibat dengan kegiatan seks bebas walaupun dikelilingi transgender lain yang mengamalkan amalan tersebut. Konsep kendiri pula, lima responden menyatakan tidak peduli dengan penerimaan masyarakat walaupun mereka mengakui dipandang sinis dan diejek manakala seorang responden mengakui selesa dengan masyarakat disebabkan menerima kehadirannya kerana beraggapan dirinya adalah wanita asli. Kesemua mereka juga yakin diri mereka mempunyai peranan penting dan menonjol dalam masyarakat. Akhirnya, responden memerlukan bantuan kaunseling untuk kesedaran masyarakat berkenaan transgender juga peningkatan identiti sosial mereka.
Uploads
Papers by firdaus maskan