1.0 Pengenalan Keluarga Brooke merupakan pencetus kepada sejarah moden Sarawak selepas beliau men... more 1.0 Pengenalan Keluarga Brooke merupakan pencetus kepada sejarah moden Sarawak selepas beliau mengambil alih Sarawak daripada Pangeran Raja Muda Hashim 1 . Penguasaan keluarga Brooke di Sarawak selama hampir 105 tahun berakhir di bawah pemerintahan Charles Vyner Brooke. 2 Penyerahan Sarawak oleh Vyner Brook pada 6 Februari 1946 kepada kerajaan British telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. 3 Orang Cina merasakan penyerahan merupakan suatu perkara yang baik untuk pembangunan Sarawak, manakala, orang Melayu berpecah kepada dua golongan. Iaitu golongan yang menerima atau pro penyerahan yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang menerima pelajaran. Seterusnya, golongan yang tidak menerima atau menentang isu ini, mereka digelar sebagai golongan anti penyerahan. Perbincangan mengenai penyerahan Sarawak berlaku di London ketika Perang Dunia ke II. 4 Walaubagaimanapun, idea penyerahan ini telah bermula seawal tahun 1846 kira-kira 100 tahun lebih awal dan ianya dibawa oleh pegawai Pejabat Tanah Jajahan British. 5 . Beberapa golongan cendekia menggelarkan golongan anti penyerahan ini sebagai nasionalis yang berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan Sarawak daripada diambil alih oleh kerajaan British. 6 Maka, dapatlah disimpulkan bahawa, pergerakan anti-penyerahan di Sarawak telah bermula sekitar tahun 1946-1951 oleh kalangan penduduk Sarawak bagi
Uploads
Drafts by ameer nurashid